AKTIVITI


Perkhemahan

Menyediakan program perkhemahan kepada semua agensi seperti jabatan kerajaan, swasta, sekolah, org perseorangan dll.

Kursus/Motivasi

Menyediakan kemudahan untuk kursus dan program motivasi.

Hari Keluarga

Menyediakan kemudahan untuk hari keluarga bagi semua agensi seperti jabatan kerajaan,swasta,orang perseorangan dll.

Jungle Tracking

Bagi pengunjung yang berminat untuk mencuba aktiviti jungle tracking, kami menyediakan aktiviti tersebut yang terletak di kawasan hutan yang berhampiran.

Mengambil Madu Lebah

Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana cara - cara mengambil madu lebah. Aktiviti ini akan dibuat secara pakej tertakluk kepada musim lebah.

Lawatan Ke Gua-Gua Batu (Eco Tourism)

Terdapat banyak gua - gua batu yang boleh dikunjungi oleh pengunjung dimana deruan airnya yang mengasyikkan boleh dinikmati di sini.

Pendakian Gunung

Bagi pengunjung yang berminat kepada aktiviti lasak boleh membuat pendakian. Biasanya pendaki akan di bawa naik ke Gunung Sri Pilah. Gunung ini mempunyai ketinggian 3030 kaki (911 M) dari aras laut. Pendakian gunung ini mengambil masa selama 4 jam 30 minit untuk sampai ke puncak dan pendaki akan sampai ke kawasan kem lebih kurang 4 jam. Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi sekali di dalam 3 daerah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin atau pengunjung boleh membuat pendakian Gunung Jono (850 M) atau Gunung Sangkar Puyuh ( 810 M) dari aras laut. Gunung-gunung ini terletak di dalam hutan simpan Senaling - Inas. Pendaki akan di pandu oleh belia yang terlatih. Para pendaki akan dibekalkan plastik sampah,semua sampah hendaklah dimasukkan ke dalam plastik tersebut dan hendaklah dibawa turun untuk di buang. Membuang sampah merata-rata di dalam hutan adalah dilarang sama sekali. Tanggungjawab menjaga kebersihan dalam hutan simpan adalah tanggungjawab semua para pendaki.