14 Julai 2011

SALAM BERTEMU KEMBALI.....

Sekian lama tidak dapat akses ke sini oleh kerana beberapa perkara teknikal kini alhamdullillah bersua kembali. Dari awal tahun 2011 kem ini dikunjungi oleh banyak pertubuhan atau kumpulan persedirian yang telah mengadakan perkhemahan atau aktiviti keilmuan mahu pun motivasi. Ada kumpulan yang berulang kali hadir untuk program pelajar-pelajarnya seperti dari UiTM, sekolah dan badan-badan NGO demi untuk mendapatkan suasana yang kondusif lagi nyaman persekitarannya. Kepada semua yang telah memberikan sokongan untuk kem ini, pihak pengurusan ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan moga ini akan dapat menambaik suasana kem dari masa ke masa insyaallah....