06 November 2010

Keturunan Keluarga Dotik & Keluarga Hj. Keling Dijemput Hadir Pada 20 November 2010 - Hari Keluarga Keturunan Daik

Semua ahli keluarga berkaitan dijemput hadir pada tarikh tersebut, bermula dari 7.30 pagi hingga 6.00 petang. Di mana jua anda berada jika mendapat maklumat ini sila sebarkan kepada kerabat-kerabat yang berkaitan. Tujuannya adalah ingin mengumpul semula saudara-saudara kita bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
Sekian terima kasih,

Ikhlas dari:
Zulkefley b. Hj. Baharudin
Cicit Hj. Keling.

25 Julai 2010

MUSIM BUAH-BUAHAN TAK MENJADI

Tahun ini nampaknya, keseluruhan kawasan persekitaran kem, hasil buah-buahan tidak menjadi. Pada awalnya memang banyak keluar bunga tapi mungkin satu sebabnya cuaca sekarang tidak menentu hujan kerap turun dengan lebatnya dan akhirnya hasil buah-buahan jadi ' jarang-jarang' nasiblah kalau ianya elok, jika tidak jadi 'buruk'. Namun begitu aktiviti atau program di kem tiada masalah, masih berjalan seperti kehendak penempahnya. Tuan-tuan dan puan-puan masih boleh buat tempahan mengikut kesesuaian kalender tempahan. Sekian..... hingga jumpa lagi.

20 Februari 2010

Sebahagian Dari Pemandangan Kem

Susur masuk ke kem dari jalan utama. Jalan terus dan mendaki bukit. Jaraknya hanya lebih kurang 400 meter.







Bangunan serbaguna dan surau.









Sebahagian dari tapak perkhemahan dan bangsal.








Empangan JPS yang hanya sedalam lebih kurang 80 sm.