07 Disember 2011

PERKAHWINAN NORSHIMAH BT JAMALUDIN

10 DISEMBER 2011(SABTU) 
- di kem sri pilah
07 DIS(RABU) 
- family mula berkumpul bergotong royong buat persiapan..bermalam hingga hari kejadian.

SELAMAT PENGANTIN BARU

13 September 2011

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Tarikh : 
17 September 2011
Tempat : 
Kemsripilah
Masa : 
2.00 petang hingga 6.00 petang

Yang mendapat jemputan sila hadir.

02 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & HARI KEMERDEKAAN NEGARA KE 54

Kepada semua pengunjung dan pelanggan kemsripilah pihak pengurusan mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin dan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 54, semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah bagi menrealisasikan agenda pembangunan insan dan kemajuan negara yang lebih aman lagi harmoni berlandaskan syariat islam yang sebenar....insyaallah...

23 Ogos 2011

Pokok Buah Durian Berbunga

Pokok buah durian telah mengeluarkan bunga yang banyak, ini pertanda musim durian akan tiba di Kemsripilah dan kawasan sekitarnya. Cuaca sekarang yang sejuk dan kerap hujan amat baik untuk pokok durian. Mungkin hasilnya kali ini agak lumayan jika ianya tidak berubah menjadi panas dan kering. Doakanlah supaya ianya menjadi dengan hasil yang banyak dan baik. insyaallah... tinjau tinjaulah untuk memastikan anda merebut peluang pakage yang di tawarkan semasa musim buah-buahan dengan membuat tempahan awal...